About we 'oLLs

Foto saya
Putrajaya, WiLayah Persekutuan, Malaysia
RabiatulAdawiyah & RaihanNadzirah ~ Sangat obses dgn coklat oke. Sangat suka coklat. Segalanya tentang coklat! Semoga Allah SWT merahmati dgn pembikinan usaha kami. InsyaAllah
Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 25 Januari 2013

100 set....Semangat Berbunga

Tengok tajuk kemain lagi kan. Amenda yang berbunga ntah. Padahal tertangguh punya cerita. Jangan tiru macam saya. Tangguh itu pencuri masa. Tengok, dah tercuri masa untuk masa sarapan demi mengolah entri. Haaa...kau! Olah sangat kan. Bila diri dah mula sibuk, nak update blog pon dh tak sempat (statement poyo). Dah lama peram gambar ni. Kalau bukan soft copy rasanya dah lunyai apa gambar ni. Dari bulan November 2012 mula peram gambar ni. Huhu... Masalah nak memutik ayat2 berbunga dalam N3 ni pn dah berbunga kepala. Ok stop!!! Apa benda yang dibebelkan pagi-pagi niii... Straight to the point.

Kali ni tempahan dari kawan baik sendiri untuk majlis perkahwinan dia. 100 set 1 pcs praline. Untuk VIP guest. Tak banyak tapi Alhamdulillah...rezeki jugak.



Haaa...astro la peneman hidupku

Abaikan remote tu

Dah siap ikat n letak bunga

Proses penyusunan


Dah siap..!!!!

Selasa, 26 Jun 2012

Oreo 16 pcs...Eni

1st time buat coklat oreo untuk orang bertunang yang berbentuk bola. Nampak mcm kelakar. Tapi dah customer nak jugak, kita ikut je. Dan customer tu ialah kwn baik Chocmel...dia memang seorang yang pelik pun. Dia dah slamat bertunang 25 Mei 2012 yang lepas tapi atas kekangan masa Chocmel baru nak upload gambar coklat yang kawan Chocmel tempah.


Ini pertama kali Chocmel buat tempahan oreo 16pcs letak dalam kotak cupcakes. Nampak mcm bes je. Kawan Chocmel bagi kepercayaan ket Chocmel untuk buat coklat ni (tapi xde la stress sgt sbb dia dh bgtaw nak bntuk bola dan dia dh bgtaw nak letak nama & warna). So, Chocmel cuma buat coklat dan susun je ikut kreativiti (kreatif la sgt!).


Lepas 'diperkotakkan'. Tak hias pape pun sbb dia nk bt sndiri. Hehe...
Dan inilah kwn Chocmel yang dikatakan sangat pelik dan agak 'abnormal'. Haha... Dengar2 nak tamatkan zaman dara bulan Disember 2012. Sama-sama kita berdoa agar kawan Chocmel ni slamat dinikah (jangan malu nak tempah cklat lagi weh!)

Jumaat, 18 Mei 2012

Gift sempena Hari Guru 2012

Berkait dengan tarikh dalam post lepas kami jugak nk wish Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 yg pernah mngajar kami sejak di Sek. Ren. Keb. Convent Kora Taiping & Sek. Men. Keb. Convent Taiping, Perak dan semua cikgu2 seluruh Malaysia.

Sempena Hari Guru 2012, Cikgu Azlin order 100pcs oreo lolichoc (edible image)...50pcs untuk gegirl 50pcs lagi untuk boboy. Hehe... Juga 10pcs oreo untuk guru2 lain

    For Girls





    For Boys





dan ini untuk Cikgu-cikgu...



Selamat Hari Lahir..ABAH

16 Mei 2012 lepas adalah ulangtahun kelahiran ABAH. Sama dengan Hari Guru. Abah adalah guru yang paling hebat dalam hidup kami adik beradik. Abah adalah guru yg tak kenal erti penat untuk membesarkan kami. Tak pernah biar kami lapar. Seboleh-bolehnya abah akan penuhi setiap permintaan empat orang puterinya ni. Kami adik beradik agak rapat dengan abah. Pantang nampak abah pakai baju elok sikit..."abah nak p mana? Nak ikut." Abah pun usung la kami 4 beradik ni. Hehe... Yang abah selalu pesan, "nak buat apa-apa, ingat mak abah. Solat jangan lupa". InsyaAllah. Sempena Hari Lahir Abah, kami nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ABAH. Semoga kehidupan abah lebih d berkati oleh ALLAH SWT. Semoga abah sihat-sihat selalu.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna
Sentuhanmu - Inteam
Lirik amek kat sini