About we 'oLLs

Foto saya
Putrajaya, WiLayah Persekutuan, Malaysia
RabiatulAdawiyah & RaihanNadzirah ~ Sangat obses dgn coklat oke. Sangat suka coklat. Segalanya tentang coklat! Semoga Allah SWT merahmati dgn pembikinan usaha kami. InsyaAllah
Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 26 Jun 2012

Oreo 16 pcs...Eni

1st time buat coklat oreo untuk orang bertunang yang berbentuk bola. Nampak mcm kelakar. Tapi dah customer nak jugak, kita ikut je. Dan customer tu ialah kwn baik Chocmel...dia memang seorang yang pelik pun. Dia dah slamat bertunang 25 Mei 2012 yang lepas tapi atas kekangan masa Chocmel baru nak upload gambar coklat yang kawan Chocmel tempah.


Ini pertama kali Chocmel buat tempahan oreo 16pcs letak dalam kotak cupcakes. Nampak mcm bes je. Kawan Chocmel bagi kepercayaan ket Chocmel untuk buat coklat ni (tapi xde la stress sgt sbb dia dh bgtaw nak bntuk bola dan dia dh bgtaw nak letak nama & warna). So, Chocmel cuma buat coklat dan susun je ikut kreativiti (kreatif la sgt!).


Lepas 'diperkotakkan'. Tak hias pape pun sbb dia nk bt sndiri. Hehe...
Dan inilah kwn Chocmel yang dikatakan sangat pelik dan agak 'abnormal'. Haha... Dengar2 nak tamatkan zaman dara bulan Disember 2012. Sama-sama kita berdoa agar kawan Chocmel ni slamat dinikah (jangan malu nak tempah cklat lagi weh!)

Jumaat, 18 Mei 2012

Gift sempena Hari Guru 2012

Berkait dengan tarikh dalam post lepas kami jugak nk wish Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 yg pernah mngajar kami sejak di Sek. Ren. Keb. Convent Kora Taiping & Sek. Men. Keb. Convent Taiping, Perak dan semua cikgu2 seluruh Malaysia.

Sempena Hari Guru 2012, Cikgu Azlin order 100pcs oreo lolichoc (edible image)...50pcs untuk gegirl 50pcs lagi untuk boboy. Hehe... Juga 10pcs oreo untuk guru2 lain

    For Girls





    For Boys





dan ini untuk Cikgu-cikgu...



Selamat Hari Lahir..ABAH

16 Mei 2012 lepas adalah ulangtahun kelahiran ABAH. Sama dengan Hari Guru. Abah adalah guru yang paling hebat dalam hidup kami adik beradik. Abah adalah guru yg tak kenal erti penat untuk membesarkan kami. Tak pernah biar kami lapar. Seboleh-bolehnya abah akan penuhi setiap permintaan empat orang puterinya ni. Kami adik beradik agak rapat dengan abah. Pantang nampak abah pakai baju elok sikit..."abah nak p mana? Nak ikut." Abah pun usung la kami 4 beradik ni. Hehe... Yang abah selalu pesan, "nak buat apa-apa, ingat mak abah. Solat jangan lupa". InsyaAllah. Sempena Hari Lahir Abah, kami nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ABAH. Semoga kehidupan abah lebih d berkati oleh ALLAH SWT. Semoga abah sihat-sihat selalu.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna
Sentuhanmu - Inteam
Lirik amek kat sini

Rabu, 16 Mei 2012

Birthday Gift



Tempahan dari kawan kepada suami Rabiatul...untuk kekasih hatinya. Hehe... Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur & d murahkan rezeki serta d rahmati Allah selalu. Aminn...

Coklat Elegan 2012... :)

Orait. Seterusnya Praline 9pcs. Sgt suka set ni sbb napak mewah. Confirm!!!!....yg menerima tu tersenyum sampai tergeliat mulut. Haha...



Kan...kan...comey kan (perasan). Bg kami laa...pandangan org len xtaw pulak. Hehe...

Selasa, 15 Mei 2012

Dari dia untuk yg tersayang....



35 pcs & 1pcs/200set

Hantaran untuk majlis Pernikahan kawan Rabiatul...35 pcs praline dan 200 set 1pcs praline.







Selamat Pengantin Baru dari kami. Semoga d rahmati Allah SWT. Aminn... TQVM atas tempahan ini. Semoga berpuas hati

Bulan ni byk Jobs

Fuhh...fuh...dh bsawang blog nih. Lama x update. Sejak2 blog kena block, sebab tu lama x update. Hahah... Las update bln Mac?? Huh, satu pncapaian x update blog yg agak hbt

Tetiba dh masuk bulan Mei. Bulan Mei nih murah rezeki kami. Byk jugak tempahan. Alhamdulillah... Ada untuk Hari Guru, Hari Lahir, Pertunangan, untuk yg tersayang dll. Penat jugak la tapi yg tu letak tepi. Janji customer suka dan puas hati...hilang penat (cewah).

Ok. Nanti kami akan upload gmbar hasil keras tangan kami oke ! Cekidautttt.....

Selasa, 6 Mac 2012

Sabtu, 28 Januari 2012

order lagiii...

Tempahan dari CC (ketua pembantu tadbir) 10pcs untuk makan2


kawan bahek ku kawen...

Coklat 1pcs 300set ditempah oleh Wan utk majlis perkahwinannya...29 Januari 2012

Jumaat 28 Januari 2012 termeterailah satu ikatan suci di antara sahabat baikku Wan Nabilla dan suaminya Faisal. Dengan dua kali lafaz berpadulah satu hati dua jiwa. walaupun lawak gila pengantin lelaki saat melafazkan akad...bergetar gile2 suara dia. Haha... Jom tengok2 sket gambar ckelat yg ditempah oleh Wan dan gambar dia ngn suami dia



antara 300pcs ckelat yg ditempah
ini la sahabat ku...Wan Nabilla

Lega sudaaaa...
kepada Wan & Faisal SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT...